Kandungan RP

Kandungan Rancangan Perniagaan/Kertas Kerja



BAHAGIAN 1 : PENGENALAN
Bahagian pertama pengenalan perlu memberi gambaran umum serta menyeluruh berkaitan dengan bidang yang akan/telah diceburi.
Bahagian kedua pengenalan adalah ringkasan eksekutif, perlu memberikan gambaran spesifik dan ringkas berkenaan syarikat yang ditubuhkan/bakal ditubuhkan. Sebagai panduan, bahagian pengenalan ini mengandungi makluma-maklumat sebagaimana berikut:-
a)      Nama Syarikat/Perniagaan
b)      Jenis perniagaan
c)      Nama dan alamat/lokasi perniagaan
d)     Status dan saiz perniagaan
e)      Peluang, pentadbiran, pemasaran dan perancangan
f)       Angaran kos projek
BAHAGIAN 2 : TUJUAN RANCANGAN PERNIAGAAN/KERTAS KERJA
Bahagian tujuan Rancangan Perniagaan perlu dinyatakan dengan jelas dan spesifik, contohnya:-
a)      Memohon pembiayaan kewangan dari institusi kewangan atau yang berkaitan.
b)      Merancang perlaksanaan projek.
c)      Dijadikan garis panduan menguruskan perniagaan.
d)     Sebagai penanda aras samaada projek berdaya maju atau sebaliknya.
e)      Lain-lain.

BAHAGIAN 3 : LATARBELAKANG PERNIAGAAN
Bahagian ini membentangkan maklumat-maklumat asas berkaitan perniagaan seperti :-
a)      Alamat
·         Alamat perniagaan mungkin berbeza daripada alamat surat menyurat. Jika ianya berbeza, nyatakan kedua-dua alamat ini. Jika sebaliknya, nyatakan satu alamat sahaja.

b)      Bentuk Perniagaan
·         Pilihan perniagaan diantaranya ialah, Perniagaan Perkongsian, Milikan Tunggal/Perseorangan atau Sendirian Berhad (Sdn. Bhd.)

c)      Tarikh dan Nombor Pendaftaran Syarikat/Perniagaan
·         Ini hanya sesuai untuk perniagaan yang telah didaftarkan. Perniagaan yang sedang dirancang belum mempunyai butir-butir ini atau ianya masih dalam proses pendaftaran.


d)     Modal Permulaan
·         Ini merupakan jumlah modal sendiri yang dibawa/akan dibawa masuk ke dalam perniagaan. Untuk perniagaan Sendirian Berhad (Sdn. Bhd.), perlu menyatakan modal dibenarkan dan modal dibayar dalam perniagaan.

e)      Bank
·         Nyatakan Bank pilihan dimana akaun perniagaan dibuka. Sekiranya perniagaan tidak mempunyai akaun atas nama perniagaan, akaun bank persendirian pemilik boleh digunakan sebagai ganti.

BAHAGIAN 4 : LATAR BELAKANG PEMILIK/RAKAN KONGSI/PEMEGANG SAHAM
a)      Nama penuh
b)      Nombor kad pengenalan
c)      Tarikh lahir
d)     Umur
e)      Alamat tetap
f)       Nombor telefon
g)      Taraf/status perkahwinan
h)      Kelulusan akedamik
i)        Kursus yang dihadiri
j)        Kemahiran
k)      Pengalaman
l)        Pekerjaan sekarang
m)    Perniagaan yang pernah diceburi

BAHAGIAN 5 : KEDUDUKAN PROJEK
Lakaran/gambaran perancangan bagi menunjukkan kedudukan atau tapak sebenar sesuatu projek.

BAHAGIAN 6 : OBJEKTIF PROJEK
Mengetengahkan/membincangkan halatuju projek secara terperinci. Dibahagikan kepada objektif jangka pendek dan objektif jangka panjang sesuatu perniagaan.



BAHAGIAN 7 : RANCANGAN PENTADBIRAN
a)      Pentadbiran
b)      Carta organisasi
c)      Senarai jawatan dan bilangan pekerja
Contoh jadual jawatan dan bilangan pekerja :-   

Bil
Jawatan
Bilangan Pekerja
1.
Pengurus
1
2.
Eksekutif Kewangan
1
3.
Pekerja Am
4

d)     Pembahagian/spesifikasi tugasan
Contoh jadual tanggungjawab tugasan:-
Jawatan
Tanggungjawab
Pengurus
a)      Memastikan perjalanan operasi,pentadbiran,kewangan dan pemasaran perniagaan berjalan lancar.
b)      Merangka dan merancang peluang perniagaan yang baru.
Eksekutif Kewangan
a)      Merekod wang masuk dan wang keluar
b)      Menyediakan penyata kewangan perniagaan.

e)      Jadual imbuhan balasan jasa/gaji
Contoh jadual gaji dan caruman:-

Jawatan
Bil Pekerja
Gaji Bulanan
KWSP (12%)
PERKESO (2%)
Jumlah
RM
Pengurus
1
4,000
-
-
4,000
Kewangan
1
2,000
240
40
2,280



f)       Senarai keperluan pejabat
Contoh senarai perabot dan peralatan pejabat:-
Jenis
Bil/Unit
Jumlah (RM)
Perabot pejabat
3
4,000
Set komputer
10
20,000

g)      Perbelanjaan pentadbiran
                                i.            Perbelanjaan aset
                              ii.            Perbelanjaan bulanan
                            iii.            Lain-lain perbelanjaan

Contoh jadual perbelanjaan pentadbiran :-
Perkara
Perbelanjaan Harta
(RM)
Perbelanjaan Bulanan (RM)
Lain-lain Perbelanjaan (RM)
1.      Perabot Pejabat
4,000


2.      Set Komputer
20,000


3.      Gaji & Caruman

6,280

4.      Kertas Kerja


3,000


BAHAGIAN 8 : RANCANGAN OPERASI
1.      Carta Aliran Proses
·         Nyatakan langkah-langkah utama dalam proses pengeluaran produk atau sesuatu penyediaan perkhidmatan berkenaan. Proses ini dipersembahkan dalam carta proses kerja.

2.      Unit Pengeluaran/Jam Operasi
·         Nyatakan hasil operasi dalam unit produk pengeluaran mengikut kesesuaian projek. Anggaran ini seharusnya berlandaskan ramalan jualan yang telah dinyatakan dalam Rancangan Pemasaran serta dalam Rancangan Kewangan.

3.      Keperluan Bahan
·         Menyenaraikan keperluan bahan mentah (raw material) atau stok barangan yang diperlukan dan menyatakan belian barang samada belian dibuat dalam bentuk kredit(hutang) atau belian tunai serta bersama-sama dengan nama pembekalnya.

4.      Tenaga Kerja
·         Senaraikan keperluan tenaga kerja untuk bahagaian operasi. Nyatakan maklumat pekerja berkenaan.

5.      Mesin dan Peralatan
·         Senaraikan mesin dan peralatan yang diperlukan serta harga belian selaras dengan keperluan pengeluaran atau operasi. Nyatakan sumber pembekal mesin dan peralatan.

6.      Susun Atur Ruangan Operasi
·         Nyatakan factor-faktor utama yang diambil kira dalam merancang susun atur ruang operasi perniagaan serta pelan manual operasi tersebut.

7.      Lokasi
·         Nyatakan kedudukan bangunan atau premis perniaagaan serta nyatakan kos premis samada disewa atau kepunyaan sendiri.

8.      Overhead Operasi
·         Ini termasuk kemudahan bekalan air, lektrik, gas dan laian-lain yang diperlukan sebagai penggerak proses operasi.

9.      Perbelanjaan Operasi
·         Rumuskan segala perbelanjaan yang dianggarkan dalam bahagian ini mengikut kategori perbelanjaan harta, perbelanjaan bulanan dan lain-lain perbelanjaan.


BAHAGIAN 9 : RANCANGAN PEMASARAN

1.      Barangan atau perkhidmatan yang ditawarkan
·         Nyatakan dengan jelas bentuk barangan/perkhidmatan yang ditawarkan kepada pelanggan. Kaitkan penawaran ini dengan keperluan atau kehendak pengguna yang ingin diberikan kepuasan.

2.      Sasaran Pasaran
·         Nyatakan profail pelanggan di sekitar kawasan pasaran yang dipilih. Kenalpasti kewujudan kumpulan pelanggan yang berbeza atau segmen-segmen pasaran dikawasan yang berkenaan.

3.      Saiz Pasaran
·         Langkah ini adalah untuk meramal jualan perniagaan. Nyatakan saiz pasaran dalam bentuk kuantiti/unit atau RM(Ringgit Malaysia) atau kedua-duanya sekali.

4.      Pesaing-Pesaing Utama
·         Mengenalpasti setiap pesiang-pesaing utama disekitar kawasan perniagaan. Lebih tepat jika pesaing dikenalpasti mengikut nama perniagaan mereka.

5.      Kekuatan dan Kelemahan Pesaing
·         Nyatakan kekuatan dan kelemahan kesemua pesaing

6.      Syer Pasaran
·         Dari maklumat-maklumat yang didapati, nyatakan pembahagian pasaran atau syer pasaran untuk perniagaan yang dicadangkan.

7.      Ramalan/Anggaran Jualan
·         Menyediakan anggaran jualan bulanan bagi tahun pertama perniagaan. Nyatakan anggaran/ramalan jualan tahunan untuk tahun-tahun berikutnya.

Contoh jadual ramalan/anggaran jualan:-

Bulan/Tahun
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
Tahun 1
Tahun 2
Tahun 3
Jualan













*10%
*15%
*Jualan untuk tahun kedua,ketiga dan seterusnya hanya perlu mengunakan margin/nisbah kenaikan sahaja.

8.      Strategi Pemasaran
a)      Strategi Barangan
                                                        i.            Reka bentuk barangan atau penjelasan pakej.
                                                      ii.            Corak pembungkusan dan jenama berkaitan.

b)      Strategi Promosi
                                                        i.            Bentuk seunit yang dicadangkan.

c)      Strategi Harga
                                                        i.            Harga seunit yang dicadangkan

d)     Strategi Edaran
                                                        i.            Corak pengedaran yang dicadangkan
                                                      ii.            Jenis kenderaan atau kakitangan pemasaran

Contoh jadual perbelanjaan pemasaran:-
Perkara
Perbelanjan Aset RM
Perbelanjaan Bulanan RM
Lain-lain Perbelanjaan RM
1.      VanHilux (Kenderaan)
50,000


2.      Promosi & iklan

100

3.      Insuran & cukai jalan


1,000



BAHAGAIAN 10 : RANCANGAN KEWANGAN

Rancangan Kewangan merangkumi bahagian seperti berikut:-
  1. Kos perlaksanaan Projek dan sumber pembiayaan projek.
Contoh jadual Kos Perlaksanaan Projek:-
Bil
Perkara
Unit
Jumlah (RM)
1.
KOS TETAP
a.       Van Hilux
b.      Komputer
c.       Perabut pejabat
d.      Deposit pejabat

1
10
3
1

50,000
20,000
4,000
1,600
2.
KOS BERUBAH
a.       Bahan Mentah


13,000
3.
BELANJA AWALAN
a.       Lesen Perniagaan
b.      Yuran Perakaunan & Kertas kerja
c.       Insuran

1
1
1

300
500
2,000

JUMLAH

91,400

Contoh jadual Sumber Pembiayaan Projek :-
Bil
Perkara
Sumber Pembiayaan
Jumlah


Sendiri
Pinjaman
RM
1.
Kos Tetap
25,600
50,000
75,600
2.
Kos Berubah
13,000
-
13,000
3.
Belanja Awalan
2,800
-
2,800

JUMLAH
41,400
50,000
91,400

Ringkasan Kos Projek/Sumber Pembiayaan:
Sumber
RM
%
Modal Sendiri
41,400
45%
Pembiayaan/Pinjaman
50,000
55%
JUMLAH
91,400
100%


1.      Penyata Kewangan
a)      Penyata Aliran Tunai
b)      Penyata Pendapatan
c)      Kunci Kira-Kira
d)     Jadual Pembayaran Pinjaman Jangka Panjang
e)      Pelaburan Aset Tetap –
·         Termasuk semua aset yang dibeli secara tunai/kredit. Nyatakan harga asset tersebut, termasuk kos ubahsuai.
f)       Modal Pusingan –
·         Merangkumi perbelanjaan pentadbiran, pemasaran dan operasi
g)      Lain-lain Perbelanjaan –
·         Perbelanjaan deposit sewaaan dan utiliti serta perbelanjaan permulaan seperti pendaftaran perniagaan, lesen dan sebagainya.

2.      Sumber Pembiayaan Projek (SPP)
a.       Modal sendiri yang merangkumi modal rakan kongsi dalam bentuk tuni atau aset. Nyatakan nilai aset jika sumbangan merupakan harta/aset.
b.      Pinjaman bank merangkumi sebarang pinjaman bertempoh.
c.       Sewabeli merangkumi pembiayaan aset tetap perniagaan. (kenderaan,mesin atau peralatan)

3.      Prestasi Penyata Aliran Wang Tunai (PAT)
·         Penyata aliran wang tunai perlu disediakan untuk setiap bulan iaitu selama 12 bulan bagi tahun pertama. Tahun berikutnya/seterusnya, hanya menyatakan secara jumlah tahunan sahaja.

4.      Prestasi Penyata Pendapatan dan Untung Rugi (UR)
·         Prestasi penyata pendapatan untuk setiap tahun selaras dengan penyata aliran tunai.

5.      Prestasi Kunci Kira-Kira
·         Penyata kunci kira-kira perlu selaras dengan prestasi aliran tunai dan prestasi penyata pendapatan untung rugi.

6.      Analisa Daya Maju Kewangan
·         Dari jadual Penyata Aliran Tunai, analisis daya maju kewangan disediakan.
·         Diantara petunjuk-petunjuk daya maju kewangan yang kerap digunakan ialah:

a.       Nilai Kini Bersih
b.      Kadar Pulangan Dalaman
c.       Nisbah Faedah Kos
d.      Tempoh Pulang Modal

Nilai Kini Bersih (NKB)
Nilai kini bersih ialah aliran tunai yang dipotong/di diskaunkan dengan satu kadar faedah untuk setiap tahun dan jumlah nilai kini tersebut dicampurkan untuk menentukan NKB. Jika NKB adalah bersamaan dengan sifar atau positif maka sesuatu projek itu adalah berdaya maju.

Kadar Pulangan Dalaman (KPD)
Kadar pulangan dalaman adalah kadar diskaun peseratus (%) yang mana tertingi. Sekiranya Nilai Kini Bersih bersamaan dengan sifar (0), maka ini merupakan kadar tertinggi yang sanggup dibayar oleh pelabur.

Nisbah Faedah Kos (NFK)
Ia merupakan petunjuk keuntungan sesuatu projek. NFK adalah dikira dengan membahagikan nilai kini jumlah pendapatan dengan nilai kini jumlah kos.

Tempoh Pulang Modal (TPM)
Merupakan tempoh bayar balik modal yang dibiayai pada tahun permulaaan projek.

Untuk menentukan daya maju projek, ianya bergantung dengan industri tersebut. Jika secara relatifnya tempoh adalah cepat, maka pelabur mendapat pulangan semula pembiayaan dengan lebih cepat.

BAHAGIAN 11 : JUSTIFIKASI/PENUTUP
Kesimpulan keseluruhan tentang perancangan perniagaan yang dijalankan /bakal dijalankan. Seharusnya menunjukkan kesungguhan dan keyakinan kita sendiri terhadap projek yang dijalankan.

BAHAGIAN 12 : LAMPIRAN
Mengandungi dokumen-dokumen sokongan seperti:-
1.      Salinan kad pengenalan pemohon
2.      Sijil-sijil kemahiran/pendidikan/kursus
3.      Sijil pendaftaran syarikat
4.      Surat sebutharga (quotation)
5.      Bukti modal sendiri
6.      Surat cagaran/salinan geran tanah (jika berkaitan)
7.      Surat sokongan
8.      Lain-lain