Friday, February 26, 2010

Pengenalan

PENGENALAN RANCANGAN PERNIAGAAN








-PERNIAGAAN BERMULA DARI PERANCANGAN-
"JIKA ANDA GAGAL MERANCANG, MAKA ANDA MERANCANG UNTUK GAGAL"



Apa itu Rancangan Perniagaan

Rancangan perniagaan adalah merupakan dokumen bertulis yang memberikan keterangan berkenaan perniagaan atau projek yang hendak dijalankan secara menyeluruh dan terperinci.

Rancangan Perniagaan juga dikenali sebagai Kertas kerja, kertas Projek atau Prospektus.


Apakah Kepentingan Penyediaan Rancangan Perniagaan?

1. Memberi peluang kepada usahawan/bakal usahawan melihat dan menilai idea atau projek perniagaan dengan teliti, dan terperinci.
2. Memberi gambaran sama ada projek yang dirancang dan dicadangkan berdaya maju atau tidak.
3. Membantu usahawan/bakal usahawan menganggarkan keperluan sumber-sumber dan mengagihkan sumber-sumber perniagaan yang ada dengan sistematik dan lebih jelas.
4. Meyakinkan pihak-pihak lain (pembiaya) bahawa projek yang hendak dijalankan berdaya maju dan sesuai untuk pelaburan atau pembiayaan.
5. Memberi maklumat kepada bakal usahawan/bakal usahawan tentang masalah yang mungkin akan timbul semasa melaksanakan projek perniagaan terbabit.


Siapa yang Memerlukan Rancangan Perniagaan?

1. Usahawan/Bakal Usahawan
- Untuk membantu usahawan memahami projek sendiri dengan lebih mendalam.
- Untuk dijadikan garis panduan dalam menguruskan perniagaan.
- Untuk tujuan pelaburan, skim khas atau pelaburan rakan kongsi.

2. Institusi Kewangan/pelabur
- Untuk menjustifikasikan permohonan bagi pembiayaan projek melalui pinjaman,
skim khas atau pelaburan rakan kongsi.

3. Pembekal
- Untuk meyakinkan pihak pembekal terhadap kemantapan perancangan
pernaigaan kearah mendapatkan bekalan barangan atau bahan secara kredit.

4. Kakitangan
- Untuk memberi pendedahan kepada kakitangan tertentu terutamanya
pengurus-pengurus terhadap matlamat dan tujuan pernaigaan serta peranan
mereka.

5. Pengeluar tender/kontrak (pelanggan)
- Untuk meyakinkan pihak-pihak yang mengeluarkan tender atau sebutharga
bahawa perniagaannya mampu mengisi keperluan kontrak kerja dengan baik
dan berterusan



Format Persembahan Dokumen Rancangan Perniagaan

1. Muka surat hadapan Rancangan Perniagaan

- Nama perniagaan/projek
- Tujuan rancangan perniagaan
- Nama syarikat, alamat dan lain-lain
- Nama individu yang menyediakan dan Tarikh siap Rancangan Perniagaan

2. Muka surat kandungan perlu menyenaraikan bahagian-bahagian utama dalam rancangan Perniagaan dan senarai lampiran serta bilangan muka surat yang berkaitan

3. Surat dan Sijil berkaitan (yang boleh menyokong projek)



Isi kandungan Sesebuah Rancangan Perniagaan

1. Pengenalan & Ringkasan Eksekutif
2. Tujuan Rancangan Perniagaan/kertas kerja
3. Latarbelakang perniagaan
4. Latarbelakang ahli kongsi
5. Kedudukan Projek
6. Objektif Projek
7. Rancangan Pentadbiran

8. Rancangan Operasi
9. Rancangan Pemasaran
10. Rancangan Kewangan
11. Penutup
12. Lampiran (Dokumen-dokumen sokongan yang berkaitan)




Hakcipta Terpelihara 2010